Terdapat berbagai peringkat dzikir & masing² memiliki cara yg berlainan. Ada yang diucap dengan lidah secara kuat & ada pula yang diucapkan secara senyap, dari lubuk hati. Pada peringkat permulaan seseorang perlu menyebutkan ucapan dzikirnya dgn lidahnya secara berbunyi.
Kemudian peringkat demi peringkat zikir mengalir ke dalam diri, turun kepada hati, naik kepada roh & seterusnya, pergi semakin jauh iaitu kepada bahagian rahasia², pergi lagi kepada yang lebih jauh iaitu bahagian yang tersembunyi hingga yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi.
Sejauh mana dzikir masuk ke dalam, peringkat yang dicapainya., tergantung pada sejauh mana ALLAH dengan kemurahan-Nya membimbingnya.
Dzikir yang diucapkan dengan perkataan menjadi kenyataan bahwa hati tidak lupa kepada ALLAH.
Dzikir secara senyap di dalam hati adalah pergerakan perasaan.
Dzikir hati adalah dengan cara merasakan di dalam hati tentang kenyataan, tentang keperkasaan & keelokan ALLAH. Dzikir adalah melalui pancaran cahaya suci yang dipancarkan oleh keperkasaan & keelokan ALLAH. Dzikir pada tahap rahasia ialah melalui keghairahan (zauk) yang diterima daripada pemerhatian rahsia suci itu.
Dzikir pada bahagian tersembunyi membawa seseorang kapada. Di tempat duduk yang hak, di sisi Raja Agung yang sangat berkuasa“.
“Surah Qamar, ayat 55“
Dzikir peringkat terakhir yang disebut khafi al-khafi/yang paling tersembunyi daripada yang tersembunyi, membawa seseorg kepada suasana fana diri sendiri & penyatuan dengan yang hak.
Dalam kenyataannya tiada sesiapa kecuali ALLAH yang mengetahui keadaan org yang telah masuk ke dalam alam yang mengandungi semua pengetahuan, kesudahan kepada semua & segala perkara. Dia mengetahui rahsia & yang lebih tersembunyi“.
“Surah Ta Ha, ayat 7“
Bila seseorang telah melepasi tahap dzikir² tersebut suasana jiwa yang berlainan seolah² roh lain lahir dalam diri seseorg. Roh ini lebih tulen & seni daripada roh² yang lain. Ia adalah bayi kepada hati, bayi kepada hakikat.
Ketika dalam bentuk benih bayi ini mengajak & menarik org lain untuk mencari & menemui yang hak. Setelah ia lahir bayi ini mengasa orang lain supaya mendapatkaan Zat ALLAH Yang Maha Tinggi. Roh baharu ini yang dinamakan bayi kepada hati & juga benih serta keupayaannya tidak terdapat pada semua orang., Ia hanya terdapat pada orang mukmin yang tulen.
Dia jualah yang tinggi derajat-Nya, yang memiliki arsy., Dia kirim roh dari perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Surah Mukmin, ayat 15
Semoga bermanfaat